​Sebagai
tanda rasa kesyukuran sepanjang 56 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam yang merupakan seorang raja yang berdaulat, berwibawa,
berjiwa rakyat dan sangat prihatin terhadap kesejahteraan rakyat jelata,
Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran
sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Ke-77, Tahun 2023, hari ini.
Dengan
rasa syukur di bawah kepimpinan baginda, majlis yang diadakan di Masjid
Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan JPM memanjatkan doa ke hadrat Allah
Subhanahu Wata'ala agar baginda dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan
dan limpahan rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala serta kekal karar
memerintah atas singgahsana dan seterusnya mendoakan semoga Kebawah DYMM
dan kerabat diraja dikurniakan taufik, hidayah serta inayah-Nya jua.
Hadir
pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan
Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral
(B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
Majlis
dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin, diikuti dengan bacaan Doa
Kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Tingkat II, Pengiran Muhd. Rafiuddin
bin Pengiran Ramle dan seterusnya menunaikan Sembahyang Fardu Asar
Berjemaah.
Turut
hadir, Timbalan-timbalan Menteri di JPM; Setiausaha Tetap dan Timbalan
Setiausaha Tetap di JPM; serta pegawai-pegawai dan kakitangan di JPM dan
jabatan-jabatan di bawahnya.
(Sumber Berita: Pelita Brunei)