Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

08.07.23 Kongsi inisiatif tangani serpihan laut

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Majlis Mesyuarat Negara (MMN), baru-baru ini, telah menghadiri Mesyuarat AIPA-ICCF-UNCTAD Joint Briefing mengenai ‘Penyelesaian Teknologi dan Inovasi untuk menangani Serpihan Laut di Asia Tenggara’ di Bogor, Republik Indonesia.

Semasa mesyuarat itu, MMN telah diwakili oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi antara lain telah mengongsikan inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak di Negara Brunei Darussalam dalam menangani dan meningkatkan kesedaran mengenai isu serpihan laut di negara ini.

Mesyuarat anjuran bersama oleh Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), International Conservation Caucus Foundation (ICCF) dan Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) dan telah dihadiri oleh beberapa negara ahli AIPA.

Antara lain tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk mencari jalan penyelesaian kepada isu serpihan laut dan membincangkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam menangani cabaran tersebut di rantau Asia Tenggara.

Selain itu, ia juga bagi mengongsikan amalan-amalan terbaik yang telah dilaksanakan di negara-negara yang berkenaan.


(sumber berita: Media Permata)

08.07.23 Kongsi inisiatif tangani serpihan laut