Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

15.05.23 Lawatan Kerja Rombongan BAGO ke MMN

​Hari Isnin, 15 Mei 2023, Bandar Seri Begawan –   Majlis Mesyuarat Negara telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada rombongan Bangsamoro Attorney General's Office (BAGO). 

Rombongan BAGO diketuai oleh Yang Mulia Puan Attorney Najihah P. Masacal-Moslem, Attorney V. & Division Chief, Legal Research and Opinion Division, Bangsamoro Attorney General's Office berserta dua belas orang delegasi.  Rombongan telah dialu-alukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md Yusof, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.  Turut hadir mengalu-alukan rombongan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat berserta beberapa orang Ahli Majlis Mesyuarat Negara.


Antara tujuan utama lawatan kerja ke Bangunan Dewan Majlis diadakan adalah bagi memerhati dan mempelajari amalan-amalan terbaik antara kedua-dua belah pihak.  Sebuah sesi perbincangan juga diadakan bagi memberikan peluang kedua-dua pihak mengongsikan perspektif dan bertukar-tukar pendapat dan maklumat yang telah menumpukan kepada tatacara perundangan dibincangkan dan diluluskan di peringkat parlimen masing-masing.  Perbincangan tersebut juga memfokuskan kepada penglibatan penggubal dasar dan undang-undang yang amat penting dan berperanan sebagai penasihat utama kepada kerajaan dan bertanggungjawab memberikan panduan mengenai perkara yang berkaitan dalam menyediakan undang-undang dan perlaksanaannya.

Lawatan Kerja telah mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara kedua-dua buah penggubal undang-undang.



15.05.23 Lawatan Kerja Rombongan BAGO ke MMN