Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

02.02.23 - Yang Di-Pertua MMN terima Kunjungan Hormat

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Februari 2023 – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Major General (R) Farhat Abbas Sani. Majlis diadakan di Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Hadir sama dalam kunjungan hormat tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara.

Pada kunjungan hormat tersebut, kedua-dua belah pihak menyentuh mengenai beberapa isu semasa yang menjadi keprihatinan bersama. Yang Berhormat Yang Di-Pertua menzahirkan rasa simpati terhadap bencana banjir yang berlaku di Republik Islam Pakistan baru-baru ini. Dalam masa yang sama, Tuan Yang Terutama juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas bantuan yang disalurkan oleh Negara Brunei Darussalam melalui Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022.

Antara lain perbincangan juga menyentuh mengenai hal-hal yang mempunyai kepentingan bersama seperti dalam bidang perdagangan, pelancongan dan penerbangan.

Kedua-dua belah pihak berharap dengan hubungan kerjasama yang terjalin sejak sekian lama akan sentiasa berkembang dan dapat diperkukuhkan lagi melalui melalui kerjasama dalam bidang-bidang yang sedia ada dan yang akan datang.


02.02.23 - Yang Di-Pertua MMN terima Kunjungan Hormat