Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

07.12.24 Kempen Kebersihan Senegara kutip 302kg sampah

​BELAIT, Sabtu, 7 Disember. - Sebanyak 302 kilogram sampah telah berjaya dikutip semasa Kempen Kebersihan Senegara di kawasan kampung-kampung bertempat di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Lorong 3 Selatan, Mukim Seria, hari ini.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.


Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa oleh Imam Masjid STKRJ Lorong 3 Selatan, Seria, Awang Mohd. Shahirwandy bin Samsudin dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai dan Kempen Kebersihan dimulakan.


Kempen Kebersihan Senegara anjuran Kementerian Kesihatan ini diadakan adalah bagi memperkasa masyarakat untuk menanamkan rasa tanggungjawab dalam melindungi dan memelihara alam sekitar melalui kaedah pembuangan sampah yang betul.


Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman dan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann; Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Kementerian Kesihatan, Dr. Dayang Hajah Rafidah binti Haji Gharif.


Juga hadir, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr. Haji Md Khalifah bin Pengiran Haji Md. Ismail; ketua-ketua jabatan berserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan, penghulu-penghulu, ketua kampung dan para penduduk di STKRJ Lorong 3 Selatan, Seria.​


(sumber berita & gambar: Pelita Brunei)​​

07.12.24 Kempen Kebersihan Senegara kutip 302kg sampah