HOME

Pengenalan

Fungsi

Bangunan

Struktur Org

Struktur Jab

Ahli Maj. Mesyuarat

Hansard

No. Telefon

Maklum balas

 

 

 

AktibitiBeritaGaleri

 

Struktur Organisasi

            Sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959 hendaklah ditubuhkan Majlis-Majlis Mesyuarat seperti berikut yang dikendalikan oleh Jabatan ini:

  1. Majlis Mesyuarat Di-Raja - Bab 5(1);

  2. Majlis Mesyuarat Kerajaan/Menteri-Menteri - Bab 10; dan

  3. Majlis Mesyuarat Negara - Bab 23.



a. Majlis Mesyuarat Di-Raja

          Majlis Mesyuarat Di-Raja ditubuhkan menurut kehendak Bab 5(1) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, 1959.
Keahliannya terbahagi kepada dua bahagian:

  1. Ahli Rasmi Kerana Jawatan (Ex-Officio Members) terdiri daripada Wazir-Wazir dan Menteri-Menteri Kabinet; dan

  2. Ahli yang Dilantik (Appointed Members).

               Tempoh keahlian mereka cuma selama yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan yang juga mempengerusi Majlis Mesyuarat Di-Raja.


b. Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri

           Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri ditubuhkan menurut kehendak Bab 10 dari Perlembagaan, 1959. Keahliannya terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet seperti berikut:

    1. Perdana Menteri

    2. Menteri Pertahanan

    3. Menteri Kewangan

    4. Menteri Hal Ehwal Luar Negeri

    5. Menteri Pendidikan

    6. Menteri Hal Ehwal Ugama

    7. Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama

    8. Menteri Perhubungan

    9. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

    10. Menteri Kesihatan

    11. Menteri Pembangunan

    12. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

    13. Menteri Tenaga (Minister of Energy) di Jabatan Perdana Menteri,

    14. Menteri Kewangan II (Kedua)

    15. Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua)

                Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet selalu mengadakan mesyuaratnya dan dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


c. Majlis Mesyuarat Negara

              Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan menurut Bab 23 dari Perlembagaan Negeri Brunei, 1959 dan Ahli-Ahlinya dilantik menurut Bab 24. Majlis Mesyuarat Negeri telah dibubarkan pada tahun 1984 kerana Bab yang berkaitan dengan pembentukannya telahpun digantungkan. Pada 25 September 2004 Majlis Masyuarat Negeri telah mula ditubuhkan kembali. Majlis ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui'zzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

 

 

|| Latar Belakang | Bangunan Dewan Majlis | Dewan Persantapan | Bilik Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri | Bilik Majlis Mesyuarat Negara||

|| Struktur Organisasi || Struktur  Jabatan | Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat | Maklum Balas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||