Garispandu dan Peraturan

E-mail Print PDF

GARISPANDU DAN PERATURAN PEMINJAMAN DAN PENGGUNAAN DEWAN BANKUET, JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT:

1. PERMOHONAN:
Permohonan mesti dibuat terlebih dahulu dengan menghubungi Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat. Kemudian disusuli dengan menghantar surat kepada Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat dengan menyatakan acara yang akan diadakan, tetamu kehormat acara, tarikh dan masa acara akan diadakan, keramaian jemputan, dan pegawai atau kakitangan yang perlu dihubungi. Permohonan mestilah dibuat sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum acara diadakan. Alamat dan nombor yang perlu dihubungi ialah seperti berikut:

Alamat:




Jurutulis Majlis – Majlis Mesyuarat,
Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat,
Bangunan Dewan Majlis,
Jalan Kebangsaan BB 3910
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam.

No. Telefon: +673 2 380501 No. Fax: +673 2 385500
+673 2 381611 +673 2 385544

2. KAPASITI:
Muatan Dewan Bankuet adalah TERHAD kepada 400 orang jemputan sahaja termasuk Jemputan-Jemputan Khas acara. Sebarang tambahan kepada peralatan dan kelengkapan yang sedia ada didalam dewan bankuet adalah TIDAK dibenarkan sama sekali.

3. PERALATAN:
Dewan Bankuet Jabatan Majlis-Majlis dilengkapi dengan peralatan Audio-Visual, meja-meja bulat (kapasiti 10 orang sebiji meja) dan kerusi-kerusi (untuk tetamu kehormat dan jemputan), dapur, dll. Perkhidmatan buruh untuk sesuatu acara adalah TIDAK disediakan.

Penganjur acara mestilah memastikan semua peralatan-peralatan yang telah digunakan dikembalikan dan diatur seperti yang sedia ada.

4. PEMBAYARAN:
Penggunaan Dewan Bankuet akan dikenakan bayaran bagi penggunaan perkhidmatan Audio-Visual Dewan Bankuet sebanyak $300/hari termasuk 1 hari raptai penuh (jika perlu). Raptai untuk sesuatu acara cuma boleh diadakan pada hari-hari dan masa-masa yang DIBENARKAN oleh Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat. *Perubahan pada caj penggunaan tertakluk kepada penggunaan.

5. PENGUBAHSUAIAN:
Pengubahsuaian adalah tidak dibenarkan sama sekali. Contoh: penambahan/pengubahsuaian pada pentas, penambahan kerusi dan/atau meja untuk jemputan, penggunaan dinding, dll.

6. ACARA – ACARA DAN TETAMU KEHORMAT:
Peminjaman dan penggunaan Dewan Bankuet adalah TERHAD kepada acara-acara yang selaras dengan status Bangunan Dewan Majlis yang berprestij sahaja.

Acara-Acara yang TIDAK akan diberi kebenaran adalah seperti:
1. Acara-acara persendirian;
2. Acara-acara sekolah;
3. Acara-acara sambutan hari raya aidilfitri;
4. Acara-acara musabaqah;
5. Acara-acara berbentuk Persidangan;
6. Acara-acara yang berbentuk peraduan dan hiburan; dan acara-acara lain yang tidak selaras dengan status Dewan Majlis yang terhad kepada orang awam (restricted to public).

Untuk menggunakan Dewan Bankuet di Jabatan ini, tetamu kehormat bagi sesuatu majlis atau acara hendaklah sekurang-kurangnya bertaraf Menteri atau yang sebanding dengannya.

7. TEMPAT LETAK KERETA:
Jika kebenaran telah diberikan, tempat letak kereta jemputan dan urus setia acara adalah dikawasan berdekatan dengan kawasan pintu pagar servis (Service Gate). Jemputan dan urus setia acara tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan letak kereta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat i.e. basement.

8. SISTEM KESELAMATAN:
Bangunan Dewan Majlis Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat mempunyai system sekuriti yang MESTI dipatuhi. Sebelum memasuki Dewan Bankuet, para jemputan mesti melalui Security Scanning yang ditempatkan di beberapa tempat masuk utama.

Senarai nama-nama jemputan MESTI diberikan kepada Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat untuk kemudahan Pegawai-Pegawai Keselamatan yang bertugas.

9. SYARIKAT PENYAJIAN DAN PENYEDIAAN MAKANAN:
Penyediaan makanan bagi sesebuah acara mestilah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat dan Pegawai-Pegawai Keselamatan.

Syarikat-syarikat penyajian makanan (katerer) hanya dibolehkan menurunkan makanan ditempat yang diarahkan. Pelayan-pelayan syarikat penyajian mesti berpakaian kemas.

Penganjur acara mestilah memastikan bahawa Dewan Bankuet dan dapur yang telah digunakan untuk penyediaan makanan sesuatu acara dibersihkan sejurus selesai acara diadakan.

10. TEMPAT – TEMPAT JAMUAN:
Tempat – tempat jamuan yang dibenarkan untuk sesuatu acara adalah seperti berikut:
1. Dewan Bankuet.
2. Bilik V.V.I.P. – untuk Tetamu Kehormat dan/atau Jemputan Khas yang tertentu sahaja.
3. Bilik Rehat Ahli – Ahli Yang Berhormat – untuk Tetamu Kehormat yang bertaraf Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Jemputan Khas.
4. Bilik Menunggu Ahli – Ahli Yang Berhormat (Holding Room) – untuk Tetamu Kehormat dan/atau Jemputan-jemputan Khas (jika perlu).
5. Kantin – untuk para jemputan acara.

You are here: Pengenalan Garispandu dan Peraturan