Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

30.08.18 Kunjungan Perpisahan YDP MMN dan Duta Besar Kuwait

Hari Khamis, 30 Ogos 2018, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara hari ini telah menerima kunjungan perpisahan dari Tuan Yang Terutama Dr. Fahad Mashary Al Thafiri, Duta Besar Kuwait ke Negara Brunei Darussalam. Majlis tersebut diadakan di Bangunan Dewan Majlis.

Photo_FarewellCall_DutaKuwait_2.jpg

Turut hadir sama dalam kunjungan perpisahan tersebut, ialah Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, Timbalan Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat bersama beberapa orang pegawai daripada Jabatan Majlis Mesyuarat Negara.

Pada kunjungan perpisahan tersebut, Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Tuan Yang Terutama sama-sama melahirkan rasa penghargaan atas hubungan erat di antara kedua buah negara dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan Tuan Yang Terutama sebagai Duta di Negara Brunei Darussalam.  Kedua belah pihak berharap agar hubungan baik tersebut akan terus kekal dan semakin kukuh di antara kedua buah negara.

Attachments