Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

23.07.18 Kunjungan Muhibah MMN dan Parlimen Australia

Hari Isnin, 23 Julai 2018, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat (Jalan Dewan Majlis) – Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara pada hari ini telah menerima kunjungan daripada Delegasi daripada Parlimen Australia. Majlis ini telah diadakan bertempat di bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Ahli rombongan yang diketuai oleh Mr. Rowan Ramsey MP, Ahli Parlimen Australia, telah mengadakan kunjungan muhibah kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.  Kunjungan muhibah ini telah mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Majlis Mesyuarat Negara dan Parlimen Australia dalam sama-sama bertukar-tukar fikiran serta berpeluang untuk mempelajari terhadap perkara-perkara yang boleh dijadikan sebagai best practices

DSC_0024.jpg

Ketua rombongan Delegasi Parlimen Australia menyatakan amat berbesar hati atas sambutan serta penghargaan yang mesra terhadap kunjangan muhibah ini dan berharap akan mengukuhkan lagi hubungan yang telah sedia ada.

DSC_0015.jpg

Sejurus selesainya Majlis Kunjungan Muhibah itu, majlis diteruskan lagi dengan Mesyuarat Dua Hala di antara Delegasi Parlimen Australia dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Majlis Mesyuarat Negara telah diketuai oleh Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Lela Jasa Haji Abdul Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Negara serta beberapa orang lagi Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Pada sesi Mesyuarat Dua Hala tersebut, kedua belah pihak telahpun membincangkan pelbagai isu yang menjadi keprihatinan dan kepentingan bersama serta membincangkan mengenai cara bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua buah negara. 

Turut hadir bersama ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Attachments