HOME

Maklum balas

 

 

 

 

 

Berita

          

MESYUARAT KALI KE 15 APPF, MOSCOW

                                                               Jumaat, 19 Januari 2007 - Yang DiMuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar, Setiausaha Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet/Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat telah berlepas Ke Russia, Moscow untuk menghadiri Mesyuarat APPF kali ke 15 di sana. Turut dalam delegasi Negara Brunei Darussalam ialah Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran (Dr.) Haji Mohd. Yusuf bin Pengiran Haji Abdul Rahim, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, Penolong Jurutulis dan wakil dari Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan, Awang Shafie bin Haji Kassim.

Berangkat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat berlepas ialah Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara ( Speaker ), Yang Amat Mulia, Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd. Yassin dan Pegawai-Pegawai dari Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

           

     LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI PARLIMEN MALAYSIA

Kumpulan Pertama (10 - 14 Disember 2006)

Kumpulan Kedua (17 - 21 Disember 2006)

  LAWATAN KERJA

Yang Amat Mulia pengiran sPEAKER DAN     delegasi  KE PARLIMEN mALAYSIA DAN SINGAPURA

             Yang Amat Mulia Pengiran Indera Mahkota  Pengiran Anak (Dr) Kemaludin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Muhd Yassin, Yang di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam akan membuat lawatan kerja ke Parlimen Malaysia dan Singapura.

               Mengiringi Yang Amat Mulia Pengiran ialah beberapa orang Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai dari jabatan ini.

 

           LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PARLIMEN,                  MALAYSIA           

       Lawatan sambil belajar Pegawai-Pegawai dan kakitangan ke parlimen, Malaysia diteruskan dengan kumpulan ke dua yang di jangka kan bertolak pada 18 Disember 2006.

          Kumpulan ke dua ini akan diketuai oleh Awang Gadong bin Haji Tamin, Pmk. Setiausaha sulit Speaker. Turut mengikuti lawatan sambil belajar itu ialah Penyelia pejabat, Penterjemah Kanan dan Pembantu Teknik.

           Beberapa program telahpun diaturkan oleh Parlimen, Malaysia bagi memudahkan Pegawai-Pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat untuk mengikuti lawatan sambil belajar ini.

            Kumpulan Pertama telah kembali pada 14 Disember 2006.              

 

           LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PARLIMEN,     MALAYSIA           

10 Disember 2006, Ahad - Jabatan ini telah menghantar 4 orang Pegawai dan kakitangan untuk mengikuti program lawatan sambil belajar ke Parlimen, Malaysia. Kumpulan pertama ini diketuai oleh Awang Rosman bin Abd. Jalil, Penolong Pentadbir.

Tujuan jabatan ini menghantar Pegawai-Pegawai dan kakitangannya adalah untuk memberi pendedahan dan menimba pengalaman.  Manakala kumpulan kedua akan bertolak sedikit masa lagi.

Sebelum ini 3 kumpulan telah mengikuti program yang sama di  Parliament House, Singapura.

Hadir di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat berlepas ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas, Pmk. Pegawai Perhubungan Awam, Pmk. Setiausaha Sulit, Pejabat Speaker dan Pembantu Teknik Kanan

          

            LAWATAN KE BANGUNAN DEWAN MAJLIS BARU

           

Baru-baru ini serombongan Pegawai dan Kakitangan Jabatan ini telah membuat lawatan ke Bangunan Dewan Majlis Baru, Jalan Kebangsaan.

Sebelum membuat lawatan kedalam bangunan, beberapa taklimat telah di berikan dari aspek keselamatan dan penerangan mengenai bilik-bilik yang akan digunakan oleh Pegawai-Pegawai dan Kakitangan jabatan ini nanti.

Rombongan Pegawai dan Kakitangan Jabatan ini diketuai oleh YDM Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar, turut dalam rombongan ini ialah Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Puasa bin Orang Kaya Seri Pahlawan Tudin.